G O A L S

Hai Udination semua. Adakah anda sihat-sihat belaka? Saya disini sihat Alhamdulillah. Maka berakhirlah Peperiksaan Percubaan SPM saya. Sangat senang sangat kacang confirm 9A+ ha ha ha! Ambik kau! Susah gila! Apa-apa pun pasrah je lah kan. Jadi harini dah start cuti. Seminggu je cuti dia tapi tak tahu nak buat apa. Eerrrrr... Apa apa je lah pasal cuti tu. Harini mari kita bercerita tentang GOALS atau MATLAMAT saya selepas SPM!!!

GOAL Number 1
Ok matlamat aku yg pertama selepas habisnya paper SPM pada 23 NOV *Tak silap* adalah aku ingin membeli PSVITA SLIM! Do you what is that thing?

PSVita Slim
Well dulu aku ada benda ni tapi yg biasa punya bukan slim. Tetapi telah dicuri oleh manusia durjana. Tapi benda dah berlalu kerana terpaksa aku relakan. So PSVita Slim ni ada 6 colour kalau camput dgn special edition punya ada 8 colour kesemuanya. Antara warna warnanya adalah : meh tengok gambar..
As you can see it their colour are White white, Blue white,  Lime Green White, Pink Black , Gray Black and Black Black. Jadi aku ingin membeli benda ini. Harga sekarang dlm RM600++ Ok lah tu kan? Warna yg aku nak beli adalah warna
Lime Green + White
Cantik kan? Cantiknye lahai oh noo!! Jadi harga dia kanRM600++ tetapi di dalam CIMB Bank saya hanya ada RM360 sahaja. Boleh lah tu kot kumpul dari sekarang smpai lepas SPM lepas lah tu kot duit aku. Jadi kalau anda ingin menderma boleh derma ni akaun bank saya : 7024583449 .. Mana lah tahu ada manusia nak hulurkan sumbangan ke kan.. hahahaha!!! 

GOAL Number 2
Jadi matlamat saya selepas membeli PSvita adalah bekerja. Tapi tak tahu lagi nak kerja mana.. Aku ada beberapa tempat kerja yg aku nak pilih. Kawan aku dkt Sedia tu ajak kerja PIZZA Tampin.. Tapi Mak aku tak kasi kerja dkt situ sbb nanti asik makan makan makan makan makan!

Sejak Bila Pizza ada burger?

Kemain kau makan dia! hahahaha!! Tapi tah lah.. Kawan aku lagi seorang pula ajak kerja di Wetworld. Aku pernah kerja situ dan aku dah biasa. Faizah kata gaji disitu sudah naik dari tahun lepas. Jadi apa salahnya bekerja disitu. Kalau dpt kerja aku yg dulu senang lah. Duduk jaga pelampung. yeay! hahaha! tapi aku nak jaga depan pasangkan tiket orang sbb dpn tu ada kawan sikit boleh borak borak.. Jadi tengok lah dulu aku nak kerja mana...

GOAL Number 3
Ok baiklah selepas saya sudah menentukan kerja mana yg saya ingin ambil. Saya msti dapat gaji kan? Well gaji pertama tu aku nak belanja keluarga aku makan luar ke mana mana je lah. Then nak beli hadiah utk Mak Ayah tittew! Kalau cukup duit InsyaAllah aku beli utk semua ahli keluarga aku :) Lepas tu gaji kedua pula aku nak kumpul dan terus kumpul! Aku nak beli benda baru pulak.. Tahu tak benda apa? Ni dia..

PS4 KAAUU!!!
Hahaha.. Aku nak beli PS4.. memula fikir nak beli PS3 tpi dari beli PS3 baik beli PS4 kan? gambar cantik game pun best! Tapi malangnya kalau aku nak beli aku kena beli TV sekali.. Maklumlah ayah saya cerewet sikit TV utk Tontonan jangan dibuat main game katanya! Aku mcm ye lah yelah. So kena lah beli TV sendiri. Alahai TV murah yo dah lah asal dapek main.. Jadi harga PS4 ni setelah saya tengok di laman laman web tertentu adalah RM1400++ Mahalkan? perh mahal gila.. PS3 RM900+.. Jadi kalau aku nak beli PS4 ni aku kena ada bajet RM2000+ perhh!! Banyak duit kaaauuu!!! hahahahha!!! Tak pe lah biasalah tu lelaki dgn Game.. Lelaki kan gilo gadget!! Tapi tengok lah dulu boleh beli ke tak..

GOAL Number 4
Matlamat yg ke-4 ialah saya ingin menguruskan badan saya ini! hahhaha! Walaupun ada yg kata saya dah kurus tapi bagi saya, saya sangat gemuk lagi debab! hahaha!! Well masa cuti mid year ritu aku dah kurus sikit dah sbb ada alat ni dkt rumah..

Tengok alat tu bukan perempuan.
Akak aku bawak balik dri rumah dia. So aku guna tiap hari. tu yg kurus tu. Tapi selepas alat ni dibawa balik. Makin lama makin bertambah berat badan aku! hahahaha!! So masa aku kerja lepas SPM nnti aku nak lah excersie sikit kan biar kurus.. Nak badan macam ni..

CR7
Amboi nak badan lawa aja.. Hahhaha!! Cantik kan badan dia? perh kalau aku ada mmg best leerrr!!! Tapi entah lah gua ni suka makan! sooo tak tahu lah cana nanti....

GOAL Number 5
Ok dalam bulan 3 mcm tu kan Dapat result SPM kan? Jadi matlamat saya adalah ingin sebuah Handphone baharu.. Aku terfikir kalau result aku OK kan! Aku boleh je mintak HP apa yg aku nak.. Tapi aku risau kalau tak ok.. ermz ermz.. JOM STUDY SEKARANG!!!! hahahaha!! Jadi HP yg saya inginkan adalah..

Sony Xperia Z2
ATAU
Iphone 6 / Iphone 6 Plus
Ambik kau! nak HP MAHAL AJEEE!!! Tapi lawa gila doh! kalau dapat ni perrhhh!!! Jadi harga dipasaran utk barang ini adalah.. Z2 RM 2500++.. Iphone 6 RM3500++ mahal gila kan? tergadak duit den nak boli eehhh!!! hahhahaha!!

GOAL Number 6
Kalau beli HP antara dua tu kan.. Kamera mesti lawa kan? Jadi lepas aku ada HP mcm tu.. Aku nak buat Dance Cover.. Hahahaha!! Dah lama teringin nak buat!! Tapi tidak ada camera nya pun!! Tak kira lah lagu apa apa pun. Touch My Body ke I Swear ke Danger kee... Uihh nak nari lagu Danger gila handal!! Seriouslah kalau korang boleh ikut menari lagu Danger korang mmg terror gila!!



Ni ha lagu dia.. Seriouslah kalau kau boleh ikut full nari ni! Mmg aku kasi kau duit.. Dalam RM10 dah lah kan? hahaha!! Penat aku belajar lagu ni! Susah bonaaaa!!!!

OK lah itu sahaja kot yg ingin dikongsikan hari ini!! hhaaha! Nampak tak susunan aku lepas SPM tu? Sistematik kan? hahahahah!! ok lah bye Assalamualaikum.. I Love You ALL.. One last word.. My Wish To You is I Hope Someday You will be mine.. BI terabur? biarkan!! Kalau ada typi tu halal lah!