ASSALAMULAIKUM
Hi udination sekalian. So masuk harini dah tiga minggu kot aku cuti sem. Bosan kau duduk rumah. Makan tido bangun anime game lagu buku. tu je rutin harian aku dekat rumah ni. hahaha. Lifeless habis dah rutin harian aku. hahaha. ok mari masuk topik.
Mesti korang tertanya tanya apa maksud tajuk tu kan? haaaa. korang? rasa mcm pelik je. berapa kerat tah agaknya manusia yg baca blog aku ni. taksampai 10 aku rasa. hahaha. what so ever sooo sambung balik.Tajuk tu sebenarnya perkataan jepun dimana aku translate dari google translate maklumlah aku tak belajar jepun. belajar french je. tapi still noob dlm french. hahahaha. maksud perkataan tu adalah. qjonwdcjnal;jdcadlcjndlcj (DRUM ROLL) lol. hahahah.cinta tak wujud or love does not exist. ye ye je ejaan tu dlm bahasa inggeris? maklum lah pakcik lemah bahasa mat saleh ni. Act aku geli bila baca perkataan tu. lol. aku bukan jenis mamat jiwang yg tak habis habis nak mengayat bagai.
Akan ku renangi lautan api untuk kamu.
kau ibarat bulan yang dipagar bintang yg sangat cantik.
Eww. sangat bukan aku mcm tu. hahahahaa. ok balik topik balik. sebenarnya saje je aku buat tajuk mcm tu. hahaha. takde kene mengena pun dengan cerita yg aku nak cerita ni. hahahaha. ok mari mulakan cerita!
As korang semua tahu. Aku sekarang belajar dkt uitm pematang pauh iaitu di penang. Biasa lah kan ada budak couple dgn ni. ni couple dgn ni dalam kelas. ah itu perkara biasa. aku tak kesah pun kalau kawan kawan aku nak couple. A dgn B ke C dgn B ke C dgn Z what so ever. aku tak kesah ok. as long as korang tak bergurau manja depan aku sampai tampar menampar usik mengusik sesama sendiri aku ok. act aku takde kawan yg bebas dalam urusan bergaul. maksud aku bukan bebas yg berborak borak tu. biasalah lelaki borak dengan perempuan. maksud aku. aku takde kawan yg tak kesah bab pegang pegang lelaki dan perempuan. itu zaman sekolah. zaman sekolah ok. so bila datang uitm ni. aku akak culture shock bila tengok orang selamba je pegang lelaki perempuan. siap berpeluk peluk kau. aku SANGAT GELI OK. SANGAT!.
Lol muka dia sangat kelakar. hahaha. Aku bukan nak bajet alim ke apa kan. Aku tahu aku ni pun pendosa tegar. ye lah buat dosa sana sini. tapi benda tu mmg tak boleh buat kan. aku bukan taknak tegur. tapi takut dan tak boleh. takut nanti kawan kawan aku terasa or so what ever. ok sebenarnya bukan tu aku nak cerita. hahaha. jadi. biasalah ada perasaan suka sama suka kan? pada suatu hari. ada seorang perempuan ni. dia suka aku. macam mana aku tahu? dari naluri dan tweet tweet yg dihamparkannya. so aku tahu. aku bukan tak suka. cuma aku takde perasaan apa apa time tu. bukanlah maksudnya aku emotionless tapi aku malas nak suka orang. faham tak? ye lah berdasarkan kisah kisah lampau masa dulu kan. sbb tu malas nak suka. tapi perempuan tu mcm tunjuklah yg dia suka aku. at first aku memang lah tak tegur dia. maklumlah aku ni jenis kalau orang suka aku or aku suka orang. aku akan susah nak tegur orang tu. dalam laman sosial boleh lah. kalau depan depan memang tak lah. aku akan gagap or terkelu lidah. ambikau ayat. geli aku. hahahaha. dan aku akan takde topik nak burak. soo aku akan diammmm jeee sepanjang masa. maybe cakap sepatah dua patah. mungkin aku ni pemalu orangnya? HAHAHHAHAHA
at first mmg lah tak tegur. dah lama lama tu tiba tiba rasa ambil berat dan sayang tu mula muncul. Biasa lah kan benda tu? jadi aku cuba lah jadi caring dkt dia. bila dia sakit aku cuba ckp itu ini. masa nak test ckp itu ini. Tapi dlm masa yg sama. dia ada relay dgn seorang lelaki ni. mula mula aku tak tahu. then aku dpt tahu dari orang. biasa lah mulut budak kelas aku suka gossip. lol. hahaha. tapi aku ni tak ambik kesah sangat pasal orang. at first bila kawan aku cerita aku mcm. giamati. kesah apa aku. sekali time tu entah kenapa terdetik hati nak tanya benda tu dkt kawan aku. kawan aku cerita lah tu ni tu ni. first impression terkejut dan sedih dan jealouse. cemana ejaan jealouse ke jealous? tak tahu lah aku. hahahaa. tapi aku mcm biar je lah kan. pada satu malam tu. aku tanya lah si dia tu tu ni tu ni. pstu entah kenapa malam tu dua dua confess yg suka each other. tpi decide nak diamkan je. pastu aku tak ingat apa benda yg berlaku. oh igt. masa tu ada trip pergi kilang buat roti. maklumlah pakcik ni belajar kulinari. hahaha. pastu kitorang ada lepak tepi pantai kan. ada lah sorang dua budak kelas aku yg mandi laut. tarikh yg kitorang chat dgn hari lawatan tu tak jauh rasanya. then aku decide nak duduk je sorang sorang dkt pantai tu pastu pandang laut. tenang katanya. hahahahaha.
Ha lebih kurang mcm ni lah aku masa tu. lagi satu masa haritu. birthday si dia ni dah dekat. i was like apa aku nak bagi eh. pastu aku nampaklah cengkerang yg dah takde isi bergelimpangan dekat pantai tu. aku pun terfikir idea. lalu aku kutip lah cengkerang tu. suddenly si dia dtg dkt aku. kitorang pun berborak hati ke hati katanya. for god sake masa tu first time aku borak hati ke hati dengan perempuan. sebelum ni takpernah k. maksud aku dgn org yg kita suka ha mcm tu, pastu cakap cakap cakap. aku tak igt aku ckp apa. then dia blah merajuk katanya. at the night. tak igt lah malam tu ke malam esoknya ke apa kan. budak kelas aku mmg suka main bola tampar keranjang dan sewaktu dengannya waktu malam. so aku turun lah sekali. aku nampaklah si dia ni ddk dgn orang yg digossipkan itu. maksud aku yg org kata diorang ada something. biasalah lelaki. mula mula mana ada rasa apa apa. aku mcm ouh dia dah bersama. ok. after a week kot. baru terasa kesan dia. tiap kali diorang sama sama ada something rasa dalam hati. aku tak tahu rasa apa tu. tapi aku putus nak ignore je. tapi benda tu bermain dlm otak. malam malam pun. so hidup aku dkt uitm masa tu agak susah sikit. hahahahaha. lepastu aku adalah update moment. tapi bukan pasal dia. pasal orang lain. tapi maybe dia terasa kot. dia kata move on. i was like? utk aku ke? tapi rasanya mmg betul pun.
well aku ni jenis yg suka orang. aku akan suka je utk beberapa bulan maybe 4/5/6 bulan mcm tu. kalau orang tu betul tak layan. then baru akan aku lupa. how can dia nak aku move on padahal benda tu baru satu dua minggu. kau gila? its break my heart even more. yelah lepas kisah ni. lagi lah aku malas nak suka orang. heih. entahlah nak. hidup aku mmg berakhir dgn kisah kisah sedih agaknya. hahahahaha. tapi tak kesah lah kan. asal hidup aku bahagia dikelilingi kawan kawan, hahaha. Itu lah dia kisah sedih sem 1 aku dkt uitmpp ni. heih.
Sekarang dah cuti sem so aku tak buat apa apa dkt rumah kan. online je lah. lpas tu aku ada jumpa sorang ni. first kitorang bertegur dkt twitter masa mds dulu. lama kan? after dah habis sem tegur balik. hahhaa. idk if i like her or not. cause she make me go crazy. idk everytime she tweet abt me, i keep on smilling. hahah. aku tak tahu dia rasa benda sama ke tak. but i just wanna keep it low. malas nak beria. lagipun dia tak kenal aku. dan aku pun tak kenal dia. tambahan aku tak pernah jumpa dia. dia budak bertam. so bertam ni antara uitmpp punya jugak. cuma budak bertem ni tercampak jauh dari uitmpp. hahaha. so idk lah pasal dia. tapi aku malas nak couple couple mcm orang bodoh ni. i just wanna be special friend to her. sampai masa baru serious! hahaha. serious apa tu? faham faham je lah. i just wanna meet her for the next sem. ok that it! bye. Assalamualaikum.
Btw. u know what. insta aku kan mmg ada cover lagu kan. sikit sikit je lah kan aku buat cover. menyanyi? oh no. aku menari k. hahahaha. antara goal aku utk sem depan dapat dance cover boys group. hahahahaha!! hahahahaha. ok bye.