Assalamualaikum dan salam sejahtera. Setelah sekian lama aku tak update blog ni tiba-tiba malam ni terfikir pulak nak update. hahaha. last update masa baru masuk sem 2 haritu kot. like setahun aku tak sentuh langsung blog aku ni dan aku pun tak tahu kenapa. olololol. maybe malas nak menaip panjang panjang kan. basicly aku dekat rumah sekarang ni. Tak cuti pun uitm, tapi saje je nak balik. Haritu Uje macam 'weyh din, jom balik minggu ni?' and i was like kau gila ke apa. lepastu shaff ajak balik qhalil balik fahmi balik. Then aku pun balik lah. ok mari bercerita.
SEM TIGA
So benda last aku cerita adalah aku masa sem 2. Okay macam ni. aku tak tahu kenapa tiba tiba uitmpp tu ubah kolej perempuan jadi kolej lelaki dan kolej lelaki jadi kolej perempuan. orang kata dia nak sekali kan lelaki dan perempuan. so dekat uitmpp ni ada dua kolej dia macam rumah tau. Delima dengan Kristal. Kristal ni memang kolej perempuan dari dulu. Delima ni Kolej perempuan yang bertukar jadi kolej lelaki. So masa akhir sem 2. My only friend yg rapat dengan aku Shaff sorang je. Then kitorang cam mana kalau dapat Delima kan. ye lah 8 orang duduk satu rumah. what if lagi 6 tu perangai macam cilaka? lepastu bila result kolej dah keluar, kitorang dapat delima. masa tu memang sumpah seranah lah kan. hahahha. lepastu masuk lah hari pendaftaran kolej. Lepastu kitorang cam daftar je lah kan. sekali masuk lah satu rumah ni Delima 10-03. Masuk masuk kitorang orang ke 5/6. Lepastu Delima ni macam rumah tau. ada dua bilik and dua bilik air and ada ruang tamu. so bilik A dah penuh. Kitorang masuk bilik B. lepastu kitorang cam bincang sikit lah kan. Lepas tu kan budak bilik depan tu tegur "korang course apa? sem berapa?" and I was like "sem 3 culinary" and one them basicly nama dia Shazwan or Wan dia cakap "kitorang engineering" masa tu muka dia sumpah kerek gila babi punya. masa tu aku menyamoah gila. fyi masa masuk sem 3 puasa terus selepas beberapa hari. so masa tu aku kawan dengan shaff je kan. so bila housemate kitorang bukak puasa kitorang tak join. Sama ada makan dalam bilik atau makan dekat bilik Apek. After sebulan kot, masa tu aku kena buat sandwich, roti buat sendiri, and buat lah, roti tak jadi ye time tu. Lepastu aku bawak lah balik makanan tu bagi housemate aku. lepastu ada sorang mamat ni nama dia Aqil Ashraf aku panggil dia Qilash. Dia makan lah sandwich tu and dia macam sedap gila sioott!! and I was like dude, roti tu tak jadi pun weyh. Selang beberapa hari ada sorang mamat ni nama dia Hafiy, tak silap aku dia usha perempuan kot entah lah time tu tak kenal lagi. lepastu dia broken kot. and dia cakap dekat siapa aku tak ingat, dia cakap "JADI GAY LAH MACAM NI! LAGI BAHAGIA" sumpah aku gelak siot. bodo betul Hafiy. hahaha. lepas sebulan jadi housemate, makin rapat makin rapat makin rapat sampai lah kitorang siap janji nak serumet sekali untuk sem empat. Aku tak sangka orang yang aku tak suka boleh jadi orang yang penting dalam hidup aku. Basicly, my first impression dekat orang semua aku tak suka, takde lah semua, majority lah. aku pun tak tahu kenapa. Tapi once aku dah attach dengan seseorang, memang aku rapat gila gila lah, sampai tahap boleh rindu orang tu even member biasa je, like aku boleh spend time dengan orang tu je. ha macam tu. dah rapat kan lol.



Basicly ni lah Housemate + member sem tiga. Seriously, Aku bersyukur gila dapat jumpa diorang sem 3. Tapi dalam masa yang sama sedih jugak, like kenapa sem3 baru jumpa? kenapa tak jumpa dari sem1? Ni lah antara manusia manusia yang aku sayang dalam uitm tu. As you know, aku tak ramai kawan lelaki, so basicly, ni lah kawan lelaki yang paling ramai aku pernah ada. I mean, aku ada ramai je kawan lelaki, tapi tak rapat. ha gitu. Kalau lah korang baca ni. aku nak korang tahu aku sayang korang even perangai korang macam setan kadang kadang. maksud aku tiap masa macam setan.
 |
dari kiri, Aku, Ibal, Uje, Fahmi, Hafiy, Qilash |
 |
Me With Ibal |
 |
Me With Fahmi |
 |
Dari kiri, Hantu Fahmi, Wan, Ibal, Anas Hafiy, Me, Jeman |
 |
Me With Qilash |
 |
Me With Uje. |
Ni lah antara member member sem 3, ada je lagi like Cami, Fadh, Perk. Tapi takde gambar dengan diorang. hahahaha. Macam nak sambung cerita sem 4. Tapi nanti lah. okay sampai sini sahaja cerita saya. Selamat Malam dan Assalamualaikum.