Im Always Want What I Cant Have

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Udination sekalian.. Apa khabar semua? Adakah anda sihat sahaja? Saya sihat Alhamdulillah disini.. Sebenarnya saya sedang bosan di rumah seorang diri ini.. hahhaa.. Baru seminggu trial.. Fuuhh lega sikit.. Hahaha.. So today My Blog is about aaaaa i dont know.. Aku nak tulis apa yg aku rasa.. Luah perasaan katanya.. hahah.. whatever it is I still love you.. :3

FAMILY
Ok tajuk kita yang pertama ialah FAMILY ataupun KELUARGA.. Disini saya ingin membuat pengakuan.. Sememangnya dulu saya tak suka bila ibu dan ayah asik menanyakan pelbagai soalan.. Pergi mana? dengan sapa buat apa bla bla bla.. Nak pergi ni tak boleh nak pergi ni tak boleh... Tetapi selepas saya melihat sebuah cerita yg bertajuk SEHANGAT DAKAPAN MAMA di TV3 saya berasa tersentap seketika.. Sebab cerita tu mengisahkan 3 orang beradik.. Ayah sayang abang mak sayang adik.. So yang tengah tengah tu terpinggir.. Salah satu scene dlm cerita tu.. Yg terpinggir tu balik malam lepas skolah sbb lepak dgn kawan.. Dia mengharapkan ayah dan ibunya menanyakan dia pergi mana dan sebagainya.. Tapi bila dia masuk rumah, ayah dia tak tanya langsung pasal dia.. sedih gila.. So percaya lah cakap saya, ayah dan ibu yang selalu menanyakan pergi mana dan sebagainya tu.. tu sayang maksudnya :D


FRIEND
So tajuk kita yg kedua ialah 'kawan'


Friend nowdays mejority semuanya talam bermuka-muka.. Hipokrit dan sebagainya.. Aku tidak menafikan yg aku juga hipokrit sebenarnya.. Okay? haha.. You wanna know something? Aku ada kawan.. Dulu rapat jugak lah.. Tapi manusia kan? people change you know? So sekarang dia dah lain sikit.. ramai yg sedar yg dia dah berubah. Tapi entah lah apa aku boleh buat? Nanti bila tegur cakap HIDUP AKU BUKAN HIDUP KAU lah.. KUBUR MASING MASING lah.. ape ape je lah.. Itu jawapan yg seringkali didengari oleh telinga kecil ku ini.. kecil ke? besar sahaja.. hahaha!! Sekarang ni aku dah penat sebenarnya.. Aku penat dgn org yg bertalam ni.. Act pasal kawan aku yg berubah tu tak ada kena mengena dlm cerita lagi satu ni.. Ok aku penat dgn org bertalam ni.. Contohnya, Si Ali ni buat something dan Si Abu dan Si Amat bercerita tentang Si Ali ini.. Selepas itu Si Abu Buat sesuatu.. Si Amat dan Si Ali ni bercerita tentang si Abu ni.. Dan begitulah selebihnya.. Sekarang ni aku tak tau lah nak percaya siapa.. Orang ni ckp mcm ni.. Orang tu ckp mcm tu.. Letih tau tak letih? Aku tengok cerita naruto tadi.. dia kata ORANG YANG MELANGGAR PERATURAN DIANGGAP SAMPAH! TETAPI ORANG YANG MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI DARI KAWAN SENDIRI LEBIH SAMPAH! Memang kita selalu lihat didalam anime sangat mementingkan nakama(kawan).. They be like.. You touch my friend its mean you touch me.. You kill my friend.. You die! Mcm tu lah.. Tetapi kawan sekarang susah nak percaya.. hahaha! Seriously sekarang hanya beberapa org je yg mmg aku percaya.. Boleh kira pakai jari lah.. yohoho.. Dah lah kot pasal kawan? k topic lain..


BESTIE
Ok tajuk ketiga ialah bestie ataupun best friend ataupun kawan rapat.. Nak tau tak? Sebenarnya aku ni BODOH! BODOH SANGAT! nak tau kenapa? sebab aku tak tau kenapa aku hargai orang yg tak pernah nak hargai aku.. tapi aku lupakan orang yang sayangkan aku.. Bodoh kan namanya tu? Ada kawan aku dia mengaku dia kawan baik aku.. Aku bukannya tak suka.. Aku suka tapi selama ni aku tak sedar sebab aku sibuk hargai orang yg tak pernah nak hargai aku! Susah lah macam ni.. Aku sendiri penat dah fikir.. Nak tanya pendapat korang lah kan.. Kalau lah nampak orang tu mcm tak melayan korang nak ke chat/tegur dengan dia? bagi aku tak.. Tapi aku tak tau kenapa aku yg buat benda tu! HESSSHHH!!! Tu dah kiro mcm bercinto pulak yedok? hahaha.. what ever lah heh.. Okay lah pergi ke tajuk lain.


STOP JUDGING PEOPLE
Ok tajuk keempat ialah stop judging people ataupun berhenti nak menilai atau mengkritik seseorang.. Sebenarnya tak salah nak judge orang ni.. Yelah semua manusia ada tanggapan dan pendapat tersendiri.. Contohnya, Si Fulan ni buat sesuatu.. Yg A rasa mcm tah pape, Yg B rasa okay je.. Yg C rasa tak patut dia buat mcm tu.. Okay so disini saya ingin mengatakan semua orang ada pendapat tersendiri tapi agak agak lah dalam memberi pendapat.. Kadang kadang kita seperti menegakkan benda yang betul dengan cara yang salah.. Kadang kadang kita menegakkan benda yang betul sedangkan benda tu salah.. Kita takkan betul dalam semua perkara tapi mungki kita akan salah dalam semua perkara atas pendapat yang tah apa apa kita berikan..Lihat sahaja account account ditwitter seperti Mohon_Clash dan Perosak Bangsa.. Aku tahu niat diorang apa.. Niat diorang nak cakap janganlah bercinta di waktu sekolah jangan buat perkara tak senonoh jangan buat perkara yg mengaibkan diri sendiri dan sebagainya.. Niat diorang tu betul sebenarnya sebab nak sedarkan remaja sekarang jangan buat perkara bodoh tetapi bagi aku lah cara diorang tu terlampau ganas dan brutal.. ye lah ayat yg diorang captionkan sangat ganas dan makan dalam.. So diorang nak tegakkan benda yg betul tetapi cara yang salah.. Ada pulak yg cuba nak membangkang account twitter tersebut dengan menulis anti mohon clash dan sebagainya.. Tetapi gambar yg mereka letakkan gambar orang yg put his middle finger in the air dan sebagainya.. so dalam hal ni bagi aku semua salah.. pendapat aku lah... korang tak tau lah mcm mana..Ada juga yg aku lihat mereka cuba menegakkan supaya kita menyokong palestine.. Mereka menangkap gambar sambil memegang 'scarf' save gaza itu lalu menunjukkan middle finger.. Jadi apa yg mereka henda tunjuk sebenarnya? mungkin bagi mereka masyarakat akan memandang tinggi dekat mereka kerana mereka menyokong Palastine tetapi sebaliknya masyarakat memandang jijik kepada mereka *ayat twitter gambar twitter*.. Bukannya nak cerita aku ni bagus tapi aku pun selalu salah dalam memberi pendapat.. Ambil yang jernih buang yang keruh.. Ok sebenarnya aku nak cakap.. Tak perlu dan tak payah nak cakap tentang sesuatu atau seseorang jika kita tak tau cerita sebenar.. Kita jangan percaya 100% apa yg kita dengar.. Kita kena lah kaji dulu buat kesimpulan buat hipotisis buat penjadualan data macam sains tu.. hahaha!! So lebih baik diam atau bertanya kepada seseorang.. okay?

LOVE
Tajuk kelima ialah LOVE ataupun cinta.. Pada era globalisasi ini kebanyak remaja sedang asyik bercinta.. Tahukah anda? pada umur belasan tahun kita sepatutnya belajar disekolah menuntuk ilmu? Tak salah kalau nak bercouple ke bercinta ke.. Silakan.. tapi janganlah over dalam percintaan.. Nak toreh tangan bagai.. Nak peluk peluk pegang raba dan sebagainya.. Tahukah anda? Jika anda hidup single anda akan rasa bebas dalam kesunyian? Ok sememangnya kita rasa bebas kalau single ni tak payah nak jaga hati pakwe/makwe dan sebangainya.. Tapi single ni bosan sebenarnya yalah tak de tempat nak bermanja kata koooo.. hahahaha!!! Ok ok dah habis pasal cinta cintun ni.. haha

PENGAJARAN
Okay baiklah bedasarkan semua petikan diatas saya dapat beberapa pengajaran yang ingin saya kongsikan bersama..Kita hendaklah sayang akan keluarga kita sendiri, macam mana terukpun keluarga kita itu, mereka tetap darah daging kita.. Kita jangan lah mudah percayakan orang dan jangan percayakan orang 100%.. manusia berubah siapa tahu suatu hari nanti Kawan yg paling rapat dengan kita sekarang akan berubah menjadi musuh yg paling tegar.. Kita hendaklah sentiasa mengakui kelemahan dan kesalahan kita.. Janganlah asik nak betul je sedangkan kita ni salah.. Kita janganlah sesekali menghina atau menilai atau mengkritik seseorang jika kita tidak tahu cerita yang sebenar benarnya.. Kita janganlah terhegeh hegeh mencari kasih sayang orang pada orang yang tidak mempunyai perasaan.. Kita janganlah berlebih lebihan atau lewah dalam bercinta.. Jika kita ada sesuatu pendapat kita mestilah menunjukkan di tempat dan waktu yang betul..Apa yg aku dapat belajar dari segala situasi yang aku lalui adalah, kita tak boleh terlampau fikirkan dunia.. Kita juga harus fikir tentang akhirat kelak.. Lagi satu.. Jangan rasa diri kita ni baik dengan hanya dosa yang orang itu lakukan berbeza dengan dosa yang kita lakukan.. Jangan rasa diri ini baik dengan perbuatan yang kita lakukan.. Kita tak tahu apa akan terjadi seminitt selepas ini.. Ok itu sahaja kot? Jadi marilah kita bersama mengambil pedoman.... hahhaa..

Kalau ada yang aku salah tulis tolong tegur keyh? Maaf jika ada salah dan silap.. Harap dimaafkan.. Aku juga memaafkan semua orang yang pernah buat salah dengan aku.. Okay kau dah free daripada dosa disebabkan aku.. haha.. Sebelum itu saya ada suatu ayat.. Aku tahu ramai yang tak suka aku.. Tapi aku tak ada masa nak puaskan hati semua orang.. Haters go die *ayat amir*
Ok lah byee.. Assalamualaikum.. Thanks for reading you guys! Udination setia!! hahaha!! Kalau ada typo tu biarkan.. let it go!


Sebelum saya terlupa disini saya ingin mempromote beberapa lagu comeback korea yg saya minat.
Maaf banyak yang 15+ ke atas.. Sexy kau! hahah!

MY FAV FEMALE GROUP SISTAR!! Sistar - Touch My Body *dance ver*

Sistar - I Swear *dance ver*



BTS - Danger *dance ver*

Secret - Im In Love *dance Ver*


Kara - Mamma Mia *dance ver*

No comments:

Post a Comment